petua kesihatan

1.MENURUNKAN BERAT BADAN Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. ·Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. 2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Monday, 23 November 2015

kebaikan aktiviti riadah






Hasil carian imej untuk gambar aktiviti riadah



Aktiviti riadah dan rekreasi menyihatkan badan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan Riadah merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat. Pada pandangan saya, riadah bermaksud menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. 

Aktiviti riadah ini boleh dijadikan amalan mingguan keluarga. Aktiviti riadah membolehkan kita mengisi masa lapang yang berfaedah dan tidak berfaedah. Contohnya kurang faedah adalah menonton televisyen,bermain permainan video,pergi ke kompleks membeli-belah,berbual-bual dan sebagainya. Masa cuti yang tidak diisi dengan aktiviti yang berfaedah akan merugikan kita. Dengan beriadah bersama keluarga kita pada masa lapang, banyak perkara berfaedah yang dapat kita lakukan contohnya berbasikal bersama-sama, berjoging di kawasan taman dan berkelah.

Aktiviti riadah bersama keluarga juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Semasa aktiviti ini dilakukan,ibu bapa boleh menggunakan masa ini untuk menasihatkan anak-anak tentang nilai murni yang baik dalam kehidupan seharian. Hubugan keluarga yang rapat boleh menjadikan sebuah keluarga yang dapat memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga. 

Aktiviti riadah juga boleh menjadikan badan kita sihat. Kalau badan kita sihat, kita boleh melakukan aktiviti harian dengan pantas. Jika badan kita sakit,kita perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Hal ini menyebabkan pembaziran wang kerana kita terpaksa mengeluarkan wang untuk rawatan.