• Berenang dapat membentuk dan menguatkan otot
Mengapa aku katakana demikian. Ini sebabnya kepadatan air lebih padat 12 kali ganda daripada udara, Apabila membuat setiap gerakan tubuh di dalam air seolah-olah sedang berlari laju seperti dihambat anjing. Inilah yang menjadikan berenang mempunyai intensiti sama seperti senaman aerobik. Ada satu kajian mendapati, seseorang yang menghabiskan program latihan intensity renang selama 8 minggu berturu-turut akan mengalami peningkatan otot trisep sebesar 23.8%. Berenang dengan pantas dan mengikut ritma yang teratur akan dapat meningkatkan Ketahanan kardio, kekuatan, dan ketahanan otot badan.
• Meningkatkan kesihatan jantung
Dengan membuat rutin renang secara teratur, fungsi jantung dapat diperbaiki. Jantung akan dapat mengepam darah ke seluruh tubuh dengan baik. Hasil kajian dari Columbia University Medical Center mendapati bahawa aktiviti renang dapat melawan risiko penyakit jantung koroner.
• Renang membakar kalori
Dengan berenang selama ½ jam sehari korang akan dapat bakar kalori 200-300 kalori bergantung pada tahap intensity teknik renangan. Tips bakar lemak pantas: Lakukan latihan interval lebih banyak. Kalau boleh berenang sekuat tenaga sejauh 50 m kemudian rehat 10 saat. Berenang lagi 100m rehat 10 saat dan ulang-ulang sebanyak 3 kali.
• Cegah Stress dan Drepresi
Sama aje dengan yoga, senaman renang ni dapat relaks kan otot badan tapi kena betul teknik pernafasannya. Kalau ikut Aimee C. Kimball, Director of Mental Training di Center for Sports Medicine dari University of Pittsburgh Medical Center, berenang juga dapat melepaskan hormon endorfin, dan hormon antistres. . Selama aku berenang ni memang kurang la stress kerja.. Kalau korang stress aku syorkan korang pergi berenang .Yang tinggal kat sekitar area Putrajaya @ lembah kelang boleh lah roger aku kalau nak pegi berenang..Ada member syok sikit nak berenang..
• Minimumkan risiko cedera
Dalam banyak sukan, berenang ni salah satu sukan yang mana risiko kecederaannya kurang. Melainkan korang tak ikut peraturan bila ada kat kolam renang. Saat berada dalam air, tubuh akan terasa lebih ringan kerana agihan berat badan telah ditampung oleh air sebanyak 50%. Otot akan terima tekanan yang kurang berbanding dengan melakukan aktiviti sukan di darat. Sebab itu risiko kecederaan kurang..
No comments:
Post a Comment