petua kesihatan

1.MENURUNKAN BERAT BADAN Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. ·Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. 2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Tuesday, 1 December 2015

RAWATAN PENYAKIT KENCING MANIS

Overview Punca & Rawatan Penyakit Diabetes Type 2 




Kencing manis type 2 sudah semakin biasa dialami oleh bukan saja penduduk Malaysia, tetapi jg menjadi epidemik seluruh dunia. Seratus tahun dulu amat jarang org kene diabetes, darah tinggi, strok, penyakit jantung koronari dan pelbagai penyakit moden yg ada kaitan dgn tabiat pemakanan, persekitaran yg tercemar, cara hidup dan pelbagai faktor lain.. Sebenarnya pd pendapat saya makanan adalah punca utama diabetes type 2.


Diabetes type 2 ini adalah akibat insulin resistant, yg terjadi apabila pankreas menghasilkan insulin atau insulin dirembeskan dlm darah selepas mengambil karbohidrat, tetapi reseptor pd membran sel tak dpt berkonjugat dgn molekul insulin, menyebabkan molekul glukos tak dpt diangkut ke dlm sel untk digunakan. Maka paras glukos meningkat dlm darah. Paras gula darah akan terus meningkat bila semakin banyak reseptor dan membran sel yg diubah-suai atau rosak. Ada beberapa faktor terjadinya insulin resistant ini. Yg biasa kita dengar adalah apabila kita mengambil makanan karbohidrat ringkas spt gula putih, nasi putih, tepung gandum putih, coklat, gula-gula dgn kerap & berlebihan. Ia menyebabkan penyerapan molekul glukos secara drastik ke dlm darah dgn byk melebihi paras normal. Jd pankreas menghasilkan insulin dgn amaun berlebihan sedikit dimana terjadi insulinemia. Bila terlalu kerap insulinemia terjadi atau insulinemia terjadi secara berpanjangan, maka reseptor insulin pd membran sel menjadi kurang sensitif atau tidak berkesan dgn hormon insulin yg dirembeskan.


Masalah insulin resistant ini dpt diatasi atau dirawat dgn mudah (reversible condition). Hanya gantikan makanan karbohidrat yg diproses secara berlebihan tersebut (highly refined processed foods) yg kosong dgn nutrien dgn gula merah, gula perang asli, molasses, gula tebu organik, jaggery cane sugar, beras rebus (parboiled rice), beras perang, tepung gandum atta, tepung gandum penuh (wholemeal wheat flour), bijirin oat, tepung suji, pulut hitam, kacang hijau, spaghetti drp gandum durum asli dsb. Makanan wholefoods ini yg kaya nutrien, mineral, antioksidan, serat, vitamin dan pelbagai phytonutrien yg mengoptimumkan bioavailability, metabolisme dan utilization molekul glukos yg ditukar kpd kalorie yg berkesan di dlm tubuh. Sejak terciptanya minyak sayuran terhidrogen (hydrogenated vegetable oil, HVO) pd awal tahun 1900, sehinggalah HVO dikomersialkan pd 1930-an, maka statistik diabetes type 2 semakin meningkat tahun demi tahun selari dgn meningkatnya pengaambilan HVO dlm makanan spt makanan segera, potato chips, ayam goreng, majerin, vegetable shortening, butter yg dicampur dgn HVO, non-diary creamer, GMS. Inilah punca utama diabetes type 2 sekarang. Sekali makan HVO terus menyebabkan insulin resistant dimana gula darah naik lebih drp paras normal utk satu jangka masa tertentu. Ianya sgt susah utk diturunkan walaupun kita dlm kelaparan atau berpuasa. Bayangkan jika hari-hari ambil HVO terutama yg tersembunyi dlm makanan, biskut, kuih, roti, kek, coklat, kerepek, ais krim, bijirin sarapan, minuman 3 in 1 dan sebagainya.


Kesan negatifnya kita boleh rasa dgn cepat spt pening, sakit kepala, mual, letih, mengantuk di siang hari terutama lepas makan, kolestrol, artheriosclerosis, salur darah mengeras & menyempit, LDL naik, HDL turun, perut membuncit (central obesity) yakni pengumpulan pd bahagian abdomen, darah tinggi, strok, darah berasid dsb. Ini kerana molekul HVO menyelaputi membran sel yg mengubah ssuai reseptor-reseptor, dan menghalang kebanyakan nutrien masuk sel serta bhn buangan keluar sel. Membran jadi rigid, tidak elastik lg. Alhamdulillah ada makanan & herba yg dpt memperbaikki dan memulihkan membran sel yg rigid ini. Yakni herba yg dpt membersihkan darah, lemak, mendakan kolestrol jahat dan memulihkan membran sel spt halba, jintan hitam, peria, minyak zaitun extra virgin, delima, cuka epal, serat terlarut, omega 3, bidara, dsb. Anda boleh uji diri sendiri, cuba elak sedaya upaya makanan yg ada HVO selama seminggu.


Anda akan rasa perubahan yg ketara insyaallah... Badan rasa ringan, cergas, cerdas, tidur lena. Bagi sesiapa yg mengalami diabetes type2 ini dan telah mengambil semakin byk ubat hospital atau dos suntikan insulin yg semakin meningkat tetapi masih tinggi paras gula dlm darah melebihi 8 unit. Cubalah kaedah yg mudah ini. Pesakit darah tinggi yg susah menurunkan tekanan darah juga boleh mengamalkan teknik ini.


Diantara herba yg berkesan utk merawat kencing manis adalah:


1. Halba @ fenugreek: Ujian klinikal (human trial) di India & Barat membuktikan halba berkesan merawat diabetes. Ujian makmal menunjukkan beberapa bahan aktif & soluble fibre memberi kesan hypoglycemic yg ketara.


2. Peria kata: Mengandungi phyto-insulin polipeptida P yg berkesan menurunkan gula darah pesakit diabetes.


3. Kulit kayu manis @ cinnamon: Mengandungi faktor HMP yg berkesan merawat diabetes. Didapati penggemar pie epal yg mengandungi serbuk kayu manis di Italy jarang mendapat penyakit diabetes.


4. Jintan hitam @ Nigella sativa: Juga berkesan merawat diabetes seperti dibuktikan oleh ujian klinikal / human trial oleh para doktor di Mesir dan USA.


5. Gymnema iaitu sejenis herba ayurvedic (India) yg telah diguna ratusan tahun merawat diabetes dgn berkesan. Ia dapat merangsang pankreas menghasilkan insulin.


6. Buah nak-nak yg berkedut telah diguna secara tradisional dgn berkesan merawat diabetes.


7. Daun bidara @ Ziziphus mauritiana juga terbukti berkesan merawat diabetes sbg agen hypoglycemic kerana bhn aktifnya.


8. Mahkota dewa juga berkesan merawat diabetes. Malah ia sangat berkesan menurunkan tekanan darah tinggi & merawat migrain.


9. Herba lain yg berkesan juga merawat diabetes: daun merunggai, ketumbar, rumpai laut.
 

Makanan yang digalakkan bagi pesakit kencing manis :Makanan bagi pesakit kencing manis perlulah seimbang, berzat, asli. Makanan ini haruslah bersifat ‘wholefood’ yakni tidak diproses secara kimia, ‘refined’, ‘polished’ sehingga menyingkirkan sebahagian besar zat, vitamin, mineral, serat dan kandungan phytonutrien yang bermanfaat seperti antioksidan. Makanan ini mempunyai indeks glycemik yang tinggi dimana penghadaman karbohidrat serta penyerapan glukos dalam darah berlaku secara perlahan menjadikan tahap insulin dalam darah normal dan stabil.

Makanan yang digalakkan untuk pesakit kencing manis adalah seperti berikut:


1. Bijirin penuh atau ‘whole grain’ sebagai sumber karbohidrat kompleks penuh khasiat pemakanan: beras perang, beras rebus (parboiled rice), biji gandum perang, rolled oat, tepung gandum atta, tepung suji, spaghetti gandum asli, biji barli, pulut hitam.


2. Sumber protein: ayam kampung, ikan yang tak gatal dan bisa ( seperti kerisi, merah, tenggiri, selar, siakap, jenahak, selayang, tamban ), telur kampong (2 biji seminggu ).


3. Buah: epal, oren, betik, delima, jambu batu/air, anggur, pear, pic.


4. Kekacang: kacang hijau, kacang tanah, kacang kuda, kacang buncis, kacang panjang.


5. Sayur dan ulaman: Taugeh, sawi, kobis, broccoli. bunga kobis, kacang pea, timun, kangkung, bayam, kailan, peria, pegaga, ulam raja, daun ketumbar, daun sup/saderi, daun & buah merunggai / kelo.


6. Susu: Susu lembu segar, pasteur, steril, susu kambing, susu tepung penuh krim asli Fernleaf 1 cawan sehari @ selang sehari, keju – sebagai gantian kepada susu pekat manis, susu rendah lemak / skim.


7. Gula & manisan: gula perang, gula tebu merah asli (jaggery sugar cane), gula organic, gula kelapa, gula nipah, gula kabung asli, madu lebah asli, stevia - sebagai gantian gula pasir putih & susu pekat manis.


8. Minyak & lemak: Minyak zaitun extra virgin, minyak karotino, minyak bijan, butter susu asli (Anchor, SCS), minyak sapi asli (QBB), santan kelapa asli – sebagai gantian minyak sayuran terhidrogen sepert majerin, krimer bukan tenusu, shortening, butter minyak sayuran berperisa. Bagi pesakit yang juga mengalami darah tinggi/kolestrol, kurangkan pengambilan lemak.


*Nota: Untuk makanan no 6,7,8… ambil sedikit sahaja memadai untuk memberi khasiat tenaga, vitamin, mineral kepada tubuh.


Makanan yang patut dielak/dikurangkan oleh pesakit kencing manis :



1. Bagi pesakit diabetes type 2, paling utama, elakkan sedaya-upaya atau sepenuhnya minyak sayuran terhidrogen seperti majerin, shortening, butter minyak sayuran berperisa, minyak sapi dibuat daripada minyak sayuran berperisa, krimer bukan tenusu, santan minyak sawit. Termasuk makanan yang mengandungi minyak sayuran terhidrogen seperti puff, karipap, roti canai, potato chips, makanan segera, makanan bergoreng yang rangup, coklat, kek, krim, serbuk kopi campuran, kopi segera 3 in 1, serbuk minuman coklat/ kopi/malt/herba/kesihatan mengandungi krimer bukan tenusu.Minyak sayuran terhidrogen adalah punca utama terjadinya insulin resistant pada pesakit.


2. Makanan yang tinggi indeks glycemik yakni karbohidrat ringkas yang tiada nilai pemakanan asli seperti gula pasir putih, madu tiruan, susu pekat manis, minuman & makanan ringan (junk food), beras putih, mi kuning, mi segera.


3. Buah tertentu iaitu durian (terutama durian kahwin yang berlemak tinggi & manis), tembikai, mata kucing, duku manis.


4. Makanan dan kuih yang mempunyai indeks glycemik yang tinggi : pulut, nasi dagang, lemang, nasi impit, roti putih, bahulu, biskut/kuih manis dan gula – gula.


5. Minyak goring yang telah diguna lebih daripada 3 kali.


Cadangan Rawatan Diabetes Type 2


1. Diakol Plus (halba, jintan hitam dsb): 1-2 biji 1-3x sehari.


2. Diafax (peria katak dsb): 1-2 biji kapsul 1-2x sehari


3. Teh Bidara Klasik atau Proimmunz kapsul atau Teh Durian Belanda


a). Teh Bidara Klasik atau Teh Durian Belanda: Setengah sudu kecil 2x seminggu. Direndam dalam 1 gelas air panas. Ditapis. Ditambah madu asli atau gula merah / perang. Pilihan bagi pesakit lemah, kurang darah merah, elok ditambah susu tepung penuh krim Fernleaf (asli) 1 sudu. Atau guna susu lembu segar yang dimasak dan direndam dengan Teh Bidara Klasik setengah sudu kecil, dan ditapis, minum.

b). Proimmunz: 1 biji kapsul 2x seminggu.


3. Nutrishifax: setengah sudu kecil 1x sehari. Dibulat, dikunyah dan ditelan (Nota: guna sudu kering & bersih)


4. Minyak zaitun extra virgin atau minyak kelapa dara : satu sudu kecil atau besar 1 - 2 kali sehari, atau dicampurkan dalam makanan sebagai ‘seasoning’. Boleh juga guna minyak omega-3, serbuk flaxseed, serbuk chia seed.


5. Makanan masam juga dapat membantu seperti epal hijau, cuka epal, lemon, kurma merah, limau nipis, delima, kurma merah.


Bagi pesakit yg sedang mengambil ubat kencing manis hospital & suntikan insulin, satu jadual pengambilan herba dan produk herba (utk merawat diabetes) yg teratur serta dos yg bersesuaian diperlukan supaya paras gula tidak turun terlalu rendah (< 4 unit) utk mengelakkan hypoglycemia. Pemantauan paras gula darah harus selalu dilakukan utk mengubahsuai dos herba, suntikan insulin dan ubat kencing manis hospital. Sila rujuk kepada pengamal perubatan herba profesional.

No comments:

Post a Comment