petua kesihatan

1.MENURUNKAN BERAT BADAN Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. ·Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. 2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Tuesday, 1 December 2015

RAWATAN PENYAKIT KENCING MANIS

Overview Punca & Rawatan Penyakit Diabetes Type 2 




Kencing manis type 2 sudah semakin biasa dialami oleh bukan saja penduduk Malaysia, tetapi jg menjadi epidemik seluruh dunia. Seratus tahun dulu amat jarang org kene diabetes, darah tinggi, strok, penyakit jantung koronari dan pelbagai penyakit moden yg ada kaitan dgn tabiat pemakanan, persekitaran yg tercemar, cara hidup dan pelbagai faktor lain.. Sebenarnya pd pendapat saya makanan adalah punca utama diabetes type 2.


Diabetes type 2 ini adalah akibat insulin resistant, yg terjadi apabila pankreas menghasilkan insulin atau insulin dirembeskan dlm darah selepas mengambil karbohidrat, tetapi reseptor pd membran sel tak dpt berkonjugat dgn molekul insulin, menyebabkan molekul glukos tak dpt diangkut ke dlm sel untk digunakan. Maka paras glukos meningkat dlm darah. Paras gula darah akan terus meningkat bila semakin banyak reseptor dan membran sel yg diubah-suai atau rosak. Ada beberapa faktor terjadinya insulin resistant ini. Yg biasa kita dengar adalah apabila kita mengambil makanan karbohidrat ringkas spt gula putih, nasi putih, tepung gandum putih, coklat, gula-gula dgn kerap & berlebihan. Ia menyebabkan penyerapan molekul glukos secara drastik ke dlm darah dgn byk melebihi paras normal. Jd pankreas menghasilkan insulin dgn amaun berlebihan sedikit dimana terjadi insulinemia. Bila terlalu kerap insulinemia terjadi atau insulinemia terjadi secara berpanjangan, maka reseptor insulin pd membran sel menjadi kurang sensitif atau tidak berkesan dgn hormon insulin yg dirembeskan.


Masalah insulin resistant ini dpt diatasi atau dirawat dgn mudah (reversible condition). Hanya gantikan makanan karbohidrat yg diproses secara berlebihan tersebut (highly refined processed foods) yg kosong dgn nutrien dgn gula merah, gula perang asli, molasses, gula tebu organik, jaggery cane sugar, beras rebus (parboiled rice), beras perang, tepung gandum atta, tepung gandum penuh (wholemeal wheat flour), bijirin oat, tepung suji, pulut hitam, kacang hijau, spaghetti drp gandum durum asli dsb. Makanan wholefoods ini yg kaya nutrien, mineral, antioksidan, serat, vitamin dan pelbagai phytonutrien yg mengoptimumkan bioavailability, metabolisme dan utilization molekul glukos yg ditukar kpd kalorie yg berkesan di dlm tubuh. Sejak terciptanya minyak sayuran terhidrogen (hydrogenated vegetable oil, HVO) pd awal tahun 1900, sehinggalah HVO dikomersialkan pd 1930-an, maka statistik diabetes type 2 semakin meningkat tahun demi tahun selari dgn meningkatnya pengaambilan HVO dlm makanan spt makanan segera, potato chips, ayam goreng, majerin, vegetable shortening, butter yg dicampur dgn HVO, non-diary creamer, GMS. Inilah punca utama diabetes type 2 sekarang. Sekali makan HVO terus menyebabkan insulin resistant dimana gula darah naik lebih drp paras normal utk satu jangka masa tertentu. Ianya sgt susah utk diturunkan walaupun kita dlm kelaparan atau berpuasa. Bayangkan jika hari-hari ambil HVO terutama yg tersembunyi dlm makanan, biskut, kuih, roti, kek, coklat, kerepek, ais krim, bijirin sarapan, minuman 3 in 1 dan sebagainya.


Kesan negatifnya kita boleh rasa dgn cepat spt pening, sakit kepala, mual, letih, mengantuk di siang hari terutama lepas makan, kolestrol, artheriosclerosis, salur darah mengeras & menyempit, LDL naik, HDL turun, perut membuncit (central obesity) yakni pengumpulan pd bahagian abdomen, darah tinggi, strok, darah berasid dsb. Ini kerana molekul HVO menyelaputi membran sel yg mengubah ssuai reseptor-reseptor, dan menghalang kebanyakan nutrien masuk sel serta bhn buangan keluar sel. Membran jadi rigid, tidak elastik lg. Alhamdulillah ada makanan & herba yg dpt memperbaikki dan memulihkan membran sel yg rigid ini. Yakni herba yg dpt membersihkan darah, lemak, mendakan kolestrol jahat dan memulihkan membran sel spt halba, jintan hitam, peria, minyak zaitun extra virgin, delima, cuka epal, serat terlarut, omega 3, bidara, dsb. Anda boleh uji diri sendiri, cuba elak sedaya upaya makanan yg ada HVO selama seminggu.


Anda akan rasa perubahan yg ketara insyaallah... Badan rasa ringan, cergas, cerdas, tidur lena. Bagi sesiapa yg mengalami diabetes type2 ini dan telah mengambil semakin byk ubat hospital atau dos suntikan insulin yg semakin meningkat tetapi masih tinggi paras gula dlm darah melebihi 8 unit. Cubalah kaedah yg mudah ini. Pesakit darah tinggi yg susah menurunkan tekanan darah juga boleh mengamalkan teknik ini.


Diantara herba yg berkesan utk merawat kencing manis adalah:


1. Halba @ fenugreek: Ujian klinikal (human trial) di India & Barat membuktikan halba berkesan merawat diabetes. Ujian makmal menunjukkan beberapa bahan aktif & soluble fibre memberi kesan hypoglycemic yg ketara.


2. Peria kata: Mengandungi phyto-insulin polipeptida P yg berkesan menurunkan gula darah pesakit diabetes.


3. Kulit kayu manis @ cinnamon: Mengandungi faktor HMP yg berkesan merawat diabetes. Didapati penggemar pie epal yg mengandungi serbuk kayu manis di Italy jarang mendapat penyakit diabetes.


4. Jintan hitam @ Nigella sativa: Juga berkesan merawat diabetes seperti dibuktikan oleh ujian klinikal / human trial oleh para doktor di Mesir dan USA.


5. Gymnema iaitu sejenis herba ayurvedic (India) yg telah diguna ratusan tahun merawat diabetes dgn berkesan. Ia dapat merangsang pankreas menghasilkan insulin.


6. Buah nak-nak yg berkedut telah diguna secara tradisional dgn berkesan merawat diabetes.


7. Daun bidara @ Ziziphus mauritiana juga terbukti berkesan merawat diabetes sbg agen hypoglycemic kerana bhn aktifnya.


8. Mahkota dewa juga berkesan merawat diabetes. Malah ia sangat berkesan menurunkan tekanan darah tinggi & merawat migrain.


9. Herba lain yg berkesan juga merawat diabetes: daun merunggai, ketumbar, rumpai laut.
 

Makanan yang digalakkan bagi pesakit kencing manis :Makanan bagi pesakit kencing manis perlulah seimbang, berzat, asli. Makanan ini haruslah bersifat ‘wholefood’ yakni tidak diproses secara kimia, ‘refined’, ‘polished’ sehingga menyingkirkan sebahagian besar zat, vitamin, mineral, serat dan kandungan phytonutrien yang bermanfaat seperti antioksidan. Makanan ini mempunyai indeks glycemik yang tinggi dimana penghadaman karbohidrat serta penyerapan glukos dalam darah berlaku secara perlahan menjadikan tahap insulin dalam darah normal dan stabil.

Makanan yang digalakkan untuk pesakit kencing manis adalah seperti berikut:


1. Bijirin penuh atau ‘whole grain’ sebagai sumber karbohidrat kompleks penuh khasiat pemakanan: beras perang, beras rebus (parboiled rice), biji gandum perang, rolled oat, tepung gandum atta, tepung suji, spaghetti gandum asli, biji barli, pulut hitam.


2. Sumber protein: ayam kampung, ikan yang tak gatal dan bisa ( seperti kerisi, merah, tenggiri, selar, siakap, jenahak, selayang, tamban ), telur kampong (2 biji seminggu ).


3. Buah: epal, oren, betik, delima, jambu batu/air, anggur, pear, pic.


4. Kekacang: kacang hijau, kacang tanah, kacang kuda, kacang buncis, kacang panjang.


5. Sayur dan ulaman: Taugeh, sawi, kobis, broccoli. bunga kobis, kacang pea, timun, kangkung, bayam, kailan, peria, pegaga, ulam raja, daun ketumbar, daun sup/saderi, daun & buah merunggai / kelo.


6. Susu: Susu lembu segar, pasteur, steril, susu kambing, susu tepung penuh krim asli Fernleaf 1 cawan sehari @ selang sehari, keju – sebagai gantian kepada susu pekat manis, susu rendah lemak / skim.


7. Gula & manisan: gula perang, gula tebu merah asli (jaggery sugar cane), gula organic, gula kelapa, gula nipah, gula kabung asli, madu lebah asli, stevia - sebagai gantian gula pasir putih & susu pekat manis.


8. Minyak & lemak: Minyak zaitun extra virgin, minyak karotino, minyak bijan, butter susu asli (Anchor, SCS), minyak sapi asli (QBB), santan kelapa asli – sebagai gantian minyak sayuran terhidrogen sepert majerin, krimer bukan tenusu, shortening, butter minyak sayuran berperisa. Bagi pesakit yang juga mengalami darah tinggi/kolestrol, kurangkan pengambilan lemak.


*Nota: Untuk makanan no 6,7,8… ambil sedikit sahaja memadai untuk memberi khasiat tenaga, vitamin, mineral kepada tubuh.


Makanan yang patut dielak/dikurangkan oleh pesakit kencing manis :



1. Bagi pesakit diabetes type 2, paling utama, elakkan sedaya-upaya atau sepenuhnya minyak sayuran terhidrogen seperti majerin, shortening, butter minyak sayuran berperisa, minyak sapi dibuat daripada minyak sayuran berperisa, krimer bukan tenusu, santan minyak sawit. Termasuk makanan yang mengandungi minyak sayuran terhidrogen seperti puff, karipap, roti canai, potato chips, makanan segera, makanan bergoreng yang rangup, coklat, kek, krim, serbuk kopi campuran, kopi segera 3 in 1, serbuk minuman coklat/ kopi/malt/herba/kesihatan mengandungi krimer bukan tenusu.Minyak sayuran terhidrogen adalah punca utama terjadinya insulin resistant pada pesakit.


2. Makanan yang tinggi indeks glycemik yakni karbohidrat ringkas yang tiada nilai pemakanan asli seperti gula pasir putih, madu tiruan, susu pekat manis, minuman & makanan ringan (junk food), beras putih, mi kuning, mi segera.


3. Buah tertentu iaitu durian (terutama durian kahwin yang berlemak tinggi & manis), tembikai, mata kucing, duku manis.


4. Makanan dan kuih yang mempunyai indeks glycemik yang tinggi : pulut, nasi dagang, lemang, nasi impit, roti putih, bahulu, biskut/kuih manis dan gula – gula.


5. Minyak goring yang telah diguna lebih daripada 3 kali.


Cadangan Rawatan Diabetes Type 2


1. Diakol Plus (halba, jintan hitam dsb): 1-2 biji 1-3x sehari.


2. Diafax (peria katak dsb): 1-2 biji kapsul 1-2x sehari


3. Teh Bidara Klasik atau Proimmunz kapsul atau Teh Durian Belanda


a). Teh Bidara Klasik atau Teh Durian Belanda: Setengah sudu kecil 2x seminggu. Direndam dalam 1 gelas air panas. Ditapis. Ditambah madu asli atau gula merah / perang. Pilihan bagi pesakit lemah, kurang darah merah, elok ditambah susu tepung penuh krim Fernleaf (asli) 1 sudu. Atau guna susu lembu segar yang dimasak dan direndam dengan Teh Bidara Klasik setengah sudu kecil, dan ditapis, minum.

b). Proimmunz: 1 biji kapsul 2x seminggu.


3. Nutrishifax: setengah sudu kecil 1x sehari. Dibulat, dikunyah dan ditelan (Nota: guna sudu kering & bersih)


4. Minyak zaitun extra virgin atau minyak kelapa dara : satu sudu kecil atau besar 1 - 2 kali sehari, atau dicampurkan dalam makanan sebagai ‘seasoning’. Boleh juga guna minyak omega-3, serbuk flaxseed, serbuk chia seed.


5. Makanan masam juga dapat membantu seperti epal hijau, cuka epal, lemon, kurma merah, limau nipis, delima, kurma merah.


Bagi pesakit yg sedang mengambil ubat kencing manis hospital & suntikan insulin, satu jadual pengambilan herba dan produk herba (utk merawat diabetes) yg teratur serta dos yg bersesuaian diperlukan supaya paras gula tidak turun terlalu rendah (< 4 unit) utk mengelakkan hypoglycemia. Pemantauan paras gula darah harus selalu dilakukan utk mengubahsuai dos herba, suntikan insulin dan ubat kencing manis hospital. Sila rujuk kepada pengamal perubatan herba profesional.

Monday, 23 November 2015

kebaikan aktiviti riadah






Hasil carian imej untuk gambar aktiviti riadah



Aktiviti riadah dan rekreasi menyihatkan badan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan Riadah merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat. Pada pandangan saya, riadah bermaksud menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. 

Aktiviti riadah ini boleh dijadikan amalan mingguan keluarga. Aktiviti riadah membolehkan kita mengisi masa lapang yang berfaedah dan tidak berfaedah. Contohnya kurang faedah adalah menonton televisyen,bermain permainan video,pergi ke kompleks membeli-belah,berbual-bual dan sebagainya. Masa cuti yang tidak diisi dengan aktiviti yang berfaedah akan merugikan kita. Dengan beriadah bersama keluarga kita pada masa lapang, banyak perkara berfaedah yang dapat kita lakukan contohnya berbasikal bersama-sama, berjoging di kawasan taman dan berkelah.

Aktiviti riadah bersama keluarga juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Semasa aktiviti ini dilakukan,ibu bapa boleh menggunakan masa ini untuk menasihatkan anak-anak tentang nilai murni yang baik dalam kehidupan seharian. Hubugan keluarga yang rapat boleh menjadikan sebuah keluarga yang dapat memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga. 

Aktiviti riadah juga boleh menjadikan badan kita sihat. Kalau badan kita sihat, kita boleh melakukan aktiviti harian dengan pantas. Jika badan kita sakit,kita perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Hal ini menyebabkan pembaziran wang kerana kita terpaksa mengeluarkan wang untuk rawatan. 

Sunday, 20 September 2015

Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya.



Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

1.  Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

2.  Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

3.  Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4.  Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

5.  Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6.  Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)




Tips Diet Seimbang


Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

5 kelebihan dan manfaat aktiviti berenang pada kesihatan.



manfaat cara berenang betul
Berenang di usia muda lebih mudah

Berenang dapat membentuk dan menguatkan otot

Mengapa aku katakana demikian. Ini sebabnya kepadatan air lebih padat 12 kali ganda daripada udara, Apabila membuat setiap gerakan tubuh di dalam air seolah-olah sedang berlari laju seperti dihambat anjing. Inilah yang menjadikan berenang mempunyai intensiti sama seperti senaman aerobik. Ada satu kajian mendapati, seseorang yang menghabiskan program latihan intensity renang selama 8 minggu berturu-turut akan mengalami peningkatan otot trisep sebesar 23.8%. Berenang dengan pantas dan mengikut ritma yang teratur akan dapat meningkatkan Ketahanan kardio, kekuatan, dan ketahanan otot badan.

Meningkatkan kesihatan jantung

Dengan membuat rutin renang secara teratur, fungsi jantung dapat diperbaiki. Jantung akan dapat mengepam darah ke seluruh tubuh dengan baik. Hasil kajian dari Columbia University Medical Center mendapati bahawa aktiviti renang dapat melawan risiko penyakit jantung koroner. 

Renang membakar kalori

Dengan berenang selama ½ jam sehari korang akan dapat bakar kalori 200-300 kalori bergantung pada tahap intensity teknik renangan. Tips bakar lemak pantas: Lakukan latihan interval lebih banyak. Kalau boleh berenang sekuat tenaga sejauh 50 m kemudian rehat 10 saat. Berenang lagi 100m rehat 10 saat dan ulang-ulang sebanyak 3 kali. 

Cegah Stress dan Drepresi 

Sama aje dengan yoga, senaman renang ni dapat relaks kan otot badan tapi kena betul teknik pernafasannya. Kalau ikut Aimee C. Kimball, Director of Mental Training di Center for Sports Medicine dari University of Pittsburgh Medical Center, berenang juga dapat melepaskan hormon endorfin, dan hormon antistres. . Selama aku berenang ni memang kurang la stress kerja.. Kalau korang stress aku syorkan korang pergi berenang .Yang tinggal kat sekitar area Putrajaya @ lembah kelang boleh lah roger aku kalau nak pegi berenang..Ada member syok sikit nak berenang.. 

Minimumkan  risiko cedera

Dalam banyak sukan, berenang ni salah satu sukan yang mana risiko kecederaannya kurang. Melainkan korang tak ikut peraturan bila ada kat kolam renang. Saat berada dalam air, tubuh akan terasa lebih ringan kerana agihan berat badan telah ditampung oleh air sebanyak 50%. Otot akan terima tekanan yang kurang berbanding dengan melakukan aktiviti sukan di darat. Sebab itu risiko kecederaan kurang..

HALANGAN DAN PANDUAN BERJOGING DENGAN SIHAT



Jogging bahayakan kesihatan?
*Senaman perlu kerap dilakukan kerana ia adalah sebahagian daripada usaha yang dilakukan untuk mengekalkan kesihatan diri.

*Dan ramai orang yang mahu sentiasa kelihatan segar dan sihat. Oleh itu, mereka berjogging. Bagaimanapun jogging bukan saja memberi banyak manfaat, ia juga boleh membahayakan.

*Di sini adalah beberapa perkara yang perlu diketahui oleh mereka yang ingin memulakan senaman dengan berjogging: Ada beberapa sebab mengapa jogging berbahaya dan bagaimana ia boleh merosakkan kesihatan anda.

* Jika anda berjogging di jalan raya, anda akan menghadapi risiko dilanggar. Di Amerika Syarikat, Persatuan Automobil pernah melaporkan dalam tempoh 12 bulan saja, 8,300 orang yang berjogging terbunuh dilanggar kereta manakala 100,000 lagi cedera. Untuk menggelakkan risiko ini, anda perlu berjogging jauh daripada kawasan kenderaan atau sekurang-kurangnya pastikan anda memakai pakaian yang mempunyai tanda-tanda amaran keselamatan jalan raya ketika keluar pada waktu malam.

* Berjogging di jalan yang bengkang-bengkok boleh menyebabkan ketegangan di bahagian penyambung anggota badan anda. Salah satu kaki anda akan mengalami ketegangan dan sebelah lagi pula akan mengalami sedikit kekejangan.

* Sakit belakang adalah masalah yang sering dialami di kalangan mereka yang berjogging, khususnya yang berlari di kawasan yang sama rata. Dalam satu masa, tulang belakang anda akan menerima kira-kira 10,000 pusingan pelakuan yang tangkas. Akhirnya, anda akan mengalami sakit belakang yang berpanjangan.

* Sakit jantung adalah penyakit yang biasa dihadapi oleh golongan pertengahan umur yang tidak sihat dan berjogging tanpa latihan teratur. Dilaporkan satu punca utama mengapa mereka yang tidak sihat dilatih berjogging berduaduaan adalah untuk memudahkan salah seorang itu mendapatkan bantuan ambulans sekiranya rakannya diserang sakit jantung.

* Tekanan di sesetengah bahagian pada tulang kaki adalah biasa khususnya di kalangan pelari yang kurang pengetahuan dalam teknik itu. Untuk meminimumkan risiko itu, pelari sepatutnya mengganggotai kelab yang baik dan meminta nasihat daripada jurulatih yang bertauliah.

* Jangan berlari jika terasa sakit. Anggota badan yang sakit itu adalah tanda bahawa anda harus BERHENTI. Jika anda tidak memperdulikan amaran itu dan terus berlari, anda akan mengalami kerosakan anggota yang kekal dan mungkin juga menemui ajal.

* Denyutan jantung yang berlebihan akibat terlalu banyak berjogging boleh merosakkan hati dan jantung anda dan pertukaran hormon yang dikeluarkan juga boleh menjejaskan kehidupan seks anda.

* Setiap kali kaki anda terhentak ke tanah, tulang dan penyambungnya menghadapi risiko rosak. Bagi mengurangkan risiko kecederaan yang teruk, pastikan anda berlari dalam keadaan yang selesa, memakai kasut yang mempunyai tapak sesuai untuk tahan menerima hentakan kaki yang berulangkali.

* Berlari boleh menyebabkan anda ketagih. Apabila anda berlari, tubuh anda akan mengeluarkan sejenis hormon yang dikenali sebagai endorfin dan ia adalah sama dengan sejenis dadah heroin serta morfin, apabila seketika akan membuatkan anda ketagih.

Beberapa sebab mengapa berjogging adalah baik untuk anda bagaimana ia dapat membantu kesihatan:

* Jogging membantu menguatkan bahagian cecair penyambung otot-otot, melenturkannya dan menolong mencegah serangan penyakit arteritis apabila tua.

* Senaman yang kerap akan meningkatkan kuasa dan kekuatan denyutan jantung dan mengurangkan kemungkinan serangan sakit jantung. Jogging juga baik, wajar sebagai salah satu senanam diperlukan oleh anda.

* Jika anda terlalu gemuk, anda boleh membakar kalori yang tidak diperlukan dengan berjogging.

* Kadar denyutan otot anda dapat dipertingkatkan dengan membuat senaman yang kerap dan ia juga dapat mengurangkan risiko menghadapi kekejangan atau masalah lain.

* Jika anda menghadapi sistem pencernaan yang tidak baik, pedih hulu hati atau masalah yang seakan-akan dengannya, senaman yang kerap membantu anda menyelesaikan masalah berkenaan dan seterusnya melindungi anda daripada masalah akan datang. Dengan membantu mengurangkan tahap tekanan, jogging juga boleh menolong mencegah penyakit ulcer.

* Sistem pernafasan anda dibantu dengan berjogging. Untuk memastikan larian betul, anda perlu belajar bernafas.

* Dengan memperuntukkan satu hingga dua jam seminggu untuk berjogging, anda boleh menghalang berlakunya tekanan dan ketegangan yang dialami setiap hari. Ingat! Tidak ramai orang berjogging membawa bersamanya telefon bimbit. Jogging adalah satu cara yang baik untuk menghapuskan tekanan. Jika kerja anda membuatkan anda sentiasa tertekan, jogging adalah elok untuk merehatkan anda.





Kebaikan Senaman Berbasikal


Berbasikal di luar rumah ialah satu bentuk keseronokan yang boleh diperolehi dengan mudah. Tetapi ia akan menjadi lebih berfaedah jika ia dijadikan satu program untuk membentuk kecergasan fizikal. 


Berbasikal amat berkesan dan menjadi satu latihan yang akan mengurangkan ketegangan fikiran dan boleh dijadikan satu aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Kebaikan

Faedah yang amat baik bila kita berbasikal ialah boleh membawa kita ke satu perjalanan yang jauh melalui pemandangan yang menarik.

Menjadikan satu destinasi sebagai satu sasaran dan memperolehi pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan menjadikan berbasikal begitu mengembirakan , terutama untuk seseorang yang cepat jemu dengan satu-satu aktiviti yang tidak berubah.

Berbasikal boleh dikembangkan kepada semua ahli keluarga. Anak-anak juga boleh mengambil bahagian dan ini menjadikan ia sebagai suatu aktiviti keluarga yang menarik.

Semasa anda berbasikal, bermakna anda membuat latihan untuk bahagian bawah badan dan juga meningkatkan kedua-dua tahap kecergasan aerobik dan anearobik, tanpa latihan keras.
Mengelakkan berlaku kecederaan yang menghantui ramai pelari.

Keburukan
Ia memerlukan peralatan yang mahal, terutama basikal yang baik , aksesori terpilih yang disarankan untuk aktiviti berbasikal.

Basikal boleh memerlukan perhatian yang lebih dan boleh meragam semasa sedang menunggangnya.

Berbasikal turut memerlukan laluan yang panjang dan permukaan jalan yang mencabar.
Boleh menyebabkan kecederaan akibat jatuh atau perlanggaran. Kemahiran yang khusus adalah amat penting dalam mewujudkan aktiviti berbasikal yang mencabar dan menarik.

Keadaan cuaca yang tidak baik boleh merencatkan usaha anda untuk mengikuti program yang telah disediakan ; atas sebab keselamatan adalah dinasihatkan untuk mengelakkan daripada berbasikal dalam cuaca hujan.

Bagaimana bermula ?
Sebaik-baiknya , anda bermula dengan aktiviti yang mendatar, jalan yang mana kenderaan yang melaluinya adalah minima.

Jalan yang berbukit boleh dijadikan jalan tambahan untuk meningkatkan tahap kecergasan.
Untuk kesemua aktiviti berbasikal , mulakan aktiviti dengan laluan yang tidak terlalu senang atau terlalu susah.

Anda boleh bertanyakan kedai basikal atau rakan-rakan yang selalu berbasikal kawasan yang baik untuk aktiviti ini.

PAKAIAN YANG DISYORKAN
Topi keselamatan - dapatkan satu yang berkualiti. Pastikan ia sesuai dengan saiz kepala anda!

Basikal - dapatkan sebuah basikal yang mempunyai 10 gear atau lebih dan ia sesuai dengan anda.

~ Mountain bike
Gunakan basikal ini untuk berbasikal di luar kawasan jalanraya (off-road).

~ Road bike
Gunakan basikal ini untuk berbasikal di atas jalan raya

Sarung tangan - akan melindungi tangan anda jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Seluar track atau seluar pendek - melindungi peha dan betis.

Kasut - boleh meningkatkan keupayaan anda mengayuh basikal.

Botol air - berguna untuk minum semasa sedang berbasikal.

Tools Bag - mengandungi alat membaiki kerosakan, peti bantu mula, nombor telefon kecemasan dan lain-lain.


PANDUAN UNTUK LATIHAN

Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.

Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.

Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.

Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.

Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antaran 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.

Sebaik anda sudah meningkat, tambahkan kadar kayuhan hingga 70-90 kayuhan seminit , tetapi selalu bermula dengan gear yang rendah pada ketetapan 55-60 kayuhan seminit untuk tujuan memanaskan badan.

Untuk perlbagai dan meningkatkan cabaran, cuba mendaki kawasan bukit yang panjang jaraknya.

Rehat semasa latihan boleh dilaksanakan jika anda sudah menunjukkan kemajuan. Tiga atau lima minit rehat boleh meningkatkan keupayaan anda, diikuti jangkamasa rehat yang memerlukan anda mengayuh dengan selesa dengan menggunakan gear rendah dalam masa 5 minit. Ulangi langkah ini untuk empat dan lima kali. Hadkan rehat semasa latihan sebanyak 2 kali seminggu.

Tahap intensiti sepatutnya lebih rendah bila anda bersiar-siar disebabkan jangkamasa yang panjang berbanding latihan biasa. Latihan dalam jangkamasa pendek akan menjadikan anda kekal segar; manakala latihan jangkamasa panjang akan merosakkan rentak latihan anda dan menambahkan ketegangan otot.